BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 19, 2010

SPM Next Week....


Setelah belajar dari tingkat 1 sampai 5, pelajar-pelajar form 5 akan menghadapi peperiksaan yang akan mencorak ke mana arah tuju mereka selepas alam persekolahan..Cikgu-cikgu Puteri Wilayah semuanya telah merestui ilmu-ilmu yang telah diberi..hanya terpulang kepada para pelajar untuk menggunakan ilmu-ilmu itu bagaimana..
Yang penting jangan stress-stress..banyakkan beramal..jaga hati ibubapa..dan minta restu mereka..jangan study lewat malam..Good Luck..

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga Pengorbanan pada hari ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Smk Puteri Wilayah. Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5, diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang yang terdapat dalam Hari Raya Aidiladha untuk menjadi panduan dalam diri supaya lebih maju dan berjaya setelah pelajar melangkah keluar dari SMK Puteri Wilayah.

Bertukar Sekolah

Menjelang sesi persekolahan 2011, SMK PW akan kehilangan beberapa orang guru yang cukup berkaliber. Kehilangan mereka pasti amat dirasai oleh seluruh warga sekolah. Benarlah kata orang "setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan".Diharapkan mereka tidak melupakan SMK Puteri Wilayah apabila mereka bertugas di tempat baru. Warga Puteri Wilayah mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

  • Pn Hamimah (naik pangkat GPK Ko)
  • Pn Yeo ( Guru Kimia/Sains)
  • Pn Sharifah Ammelia ( Guru Pendidikan Seni & Visual)
  • Pn Siti Ruzita ( Guru Bahasa Melayu)
" GOOD LUCK"

Ranking 2010


Berdasarkan NKRA 2010, SMK Puteri Wilayah merupakan antara sekoalah yang terbaik di zon keramat. Kita di belakang CBN, ST JOHN, SMK Wangsa Maju Seksyen 5 dan SMT ERT Setapak. Diharapkan pada tahun 2011, ranking kita bertambah baik. Amin..