BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

Cuti Hari Jumaat:-Pendaftaran dibatalkan

salam..kepada para pelajar SMK Puteri Wilayah..Pendaftaran pada hari esok
( Jumaat 31.12.2010) telah dibatalkan susulan daripada kemenangan skuad Bola Sepak Harimau Malaya ke atas Indonesia..Oleh yang demikian,para pelajar akan datang ke sekolah seperti biasa pada hari isnin.Sila bawa duit yuran sekolah sekali..

Monday, December 27, 2010

TAHNIAH PELAJAR PMR 2010

Salam..keputusan PMR 2010 baru-baru ini telah melonjakkan nama sekolah. Keputusan ini juga telah menjadikan sekolah kita, sekolah yang ke13 (13/95) terbaik di Kuala Lumpur. Syabas dah Tahniah kepada pelajar2 PMR 2010 dan para guru yang telah bertungkus lumus bagi memastikan sekolah kita sekolah yang terbaik dikalangan terbaik.

*2010 - 15 0rg straight A
*2009- 09 org straight A

Monday, December 13, 2010

PAKEJ TINGKATAN 4 2011

PAKEJ TINGKATAN 4 TAHUN 2011

Selepas sahaja pelajar-pelajar tingkatan 4 memdapat keputusan PMR mereka akan diberi borang pakej untuk menentukan aliran mana yang mereka berminat untuk diambil pada tahun 2011..Disini saya lampirkan awal pakej-pakej untuk tahun hadapan supaya pelajar-pelajar dapat berfikir atau berbincang dengan keluarga,aliran mana yang mereka berminat.

1.Sains Tulen / Akaun ( 4 Amal)

  • BM,BI,MATH,SEJ,SIVIK
  • Bahasa Arab Tinggi, Syariah ,Al-Quran & Al sunnah, Math Tambahan
  • Kimia/Ekonomi Asas
  • Fizik /Sains
  • Biologi/LK/Akaun
2. Sains Tulen ( 4 Budi)
  • BM,BI,MATH,SEJ,SIVIK,P.ISLAM
  • Kimia
  • Fizik
  • Math Tambahan
  • Biologi/LK/Akaun
3.Vokasional & Teknologi ( 4 Cita)
  • BM,BI,MATH,SEJ,SIVIK,P.ISLAM,SAINS
  • Ekonomi Asas
  • Akaun
  • Math Tambahan
4. Vokasional & Kemanusiaan ( 4 Maju)
  • BM,BI,MATH,SEJ,SIVIK,P.ISLAM,SAINS
  • Ekonomi Rumah Tangga/Pendidikan Seni
  • Perdagangan

Keputusan PMR

Salam..ura-ura mengatakan keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah akan keluar tidak lama lagi..mungkin sebelum cuti krismas.. ( 23 Disember 2010)..apa2 pun kita tunggu pengumuman rasminya di media massa..Saya percaya semestinya pelajar-pelajar berdebar2 menantikan keputusannya selepas berhempas pulas dan berusaha bersungguh2 tempoh hari..walau bagaimanapun, pelajar2 diharapkan terus berdoa memohon kepada yang MAHA ESA agar beroleh keputusan yang cemerlang...

Ahli Keluarga Baru ( Guru Baru sesi pagi)

Salam..saya difahamkan akan bahawa ada 3 guru baru yang akan mengajar di sesi pagi..Oleh itu,saya mewakili SMKPW mengucapkan selamat datang kepada

  1. En Mohd Firdaus Bin Mohd Zin
  2. Pn Mazliza Bt Mohd Idi
  3. Cik Sulaini Bt Mohd Samin
dan akan ada beberapa rombakan dimana ada guru sesi petang dijangka akan pindah ke sesi pagi bagi menampung kekosongan guru-guru yang pindah..seperti
  1. Pn Maznah Khazali
  2. Pn Wan Noordina
  3. Pn Jasmeet Kaur
  4. Pn Zahrah Mustafa.

Thursday, December 2, 2010

Sesi 2011...( Guru pindah dan Guru Masuk)

salam..saya dipahamkan akan ada guru-guru baru yang mula mengajar di SMK Puteri Wilayah bagi sesi 2011 bagi menggantikan guru-guru yang berpindah dan yang pastinya akan ada guru lelaki baru yang kan mengajar subjek sejarah.Alhamdulillah..akhirnya ada juga guru sejarah yang baru akan masuk.Bagi Pendidikan seni pula, akan ada guru yang akan menggantikan Puan Sharifah Ammelia dan dipahamkan guru tersebut adalah guru dari sekolah sekitar KL yang dapat berpindah ke sekolah kita dan khabar angin pula mengatakan Puan Normah juga kemungkinan akan berpindah. Ini bermakna subjek Lukisan Kejuruteraan akan ada guru baru tetapi ianya belum pasti sehingga saya sendiri yang akan membuat jadual untuk guru bg sesi 2011 kelak.