BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

1Malaysia 1ummah


Salam maulidur Rasul...Pada tahun 2009, saya ada buat teks untuk pengucapan awam semasa kurusus induksi..masa itu 1Malaysia baru sahaja diperkenalkan.. Oleh kerana tema tahun maulidur rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah..so saya cuma hendak berkongsi dengan semua pembaca blog..Mudah2an boleh dijadikan panduan

Terima kasih Pengerusi majlis,

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatu dan salam perpaduan. Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah Perpaduan Bangsa Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik dari segi pelbagai aspek terutamanya dari segi rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jarang kita lihat di mana-mana negara di dunia ini yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik boleh hidup aman dan damai seperti Malaysia. Sehingga ke hari ini negara-negara dia asia barat terutamanya yang ingin mencontohi formula negara kita dimana rakyatnya berjaya disatukan. Lihat saja di negara China, baru-baru ini dimana etnik Uighur Islam merusuh akibat daripada ketidak puasan hati mereka akibat ditindas oleh pihak pemerintah.Cuba kita lihat di Indonesia, pada suatu ketika dahulu presiden Sukarno pernah mengatakan "tiada bangsa lain selain dari Bangsa Indonesia di bumi indonesia"..kesannya sehingga kini jika kita lihat orang-rang cina di indonesia xfasih dengan bahasa ibunda mereka sendiri..mereka hanya boleh berbicara dalam bahasa indonesia sahaja..cuba bandingkan dinegara kita..dimana bangsa Cina dan India di di Malaysia masih boleh mengamalkan bahasa ibunda masing2 tanpa sebarang sekatan..Oleh yang demikian, Kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung rukun negara sebagai asas kehidupan di Malaysia harus bersyukur dan berusaha untuk mengekalkan perpaduan yang sedia ada.

Hadirin hadirat sekalian,

Setelah 52 tahun kita merdeka , rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, dan fahaman politik memerlukan rebranding atau perjenamaan semula perpaduan negara. Perpaduan boleh diibaratkan seperti sebuah mesin dimana ia perlu di servise untuk dipastikan agar yang dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Bila kita berjaya mengecapinya maka percayalah pasti wawasan 2020 itu berjaya dicapai.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara akan tewas ke tangan penjajah sekiranya rakyat di negara itu tak bersatu padu. Kita lihat saja di Iraq, masyarakatnya berpecah belah. Puak sunnah, puak syiah dan puak Kurdish bergaduh antara satu sama lain dan akhirnya ada di antara mereka yang menjadi pembelot dengan sanggup bersengkokol dengan pihak penjajah.

Pelbagai usaha perlu usaha perlu digerakkan bagi memastikan generasi masa muda masa kini sedar tetang pentingnya perpaduan antara kaum di negara kita. Matapelajaran sejarah itu sendiri perlulah menjadi salah satu agen kesedaran tentang perpaduan itu sendiri. Generasi yang buta sejarah,boleh menyebabkan perpaduan itu boleh digugat. Generasi ini perlu sedar dengan perpaduan lah negara kita berjaya mengecapi kemerdekaan

Kesimpulannya, nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.

Mr e (2009)- Sempena Pengucapan Awam Kursus Induks

0 comments: